Salam Ukhuwah
Cara menutup aurat dengan sempurna
Saturday, 22 December 2012, 0 speaks



Assalamualaikum :) Ok, harini kita berkongsi pasal aurat wanita ya. Bukan apa, cuma nak berkongsi benda baik je :) Macam gambar yg diatas, kita dapat lihat ada cara yg betul dan ada cara yang salahkan. Senang je sebenarnya nak menutup aurat ni. Kenapa masih ada yang fikir susah nak tutup? Takpalah, itu antara dia dengan Tuhan ya. 

Bertudung pun ada cara, kebanyakan sekarang ramai yg bertudung tapi ada yang salah dari segi pemakaian dan juga cara memakai tudung tuh. Sebenarnya bila bertudung ni, bukan setakat kepala je yg kita kena tutup. Tapi, lengan dan kaki kita kena tutup juga. Kenalah pakai handsock dan stokin. Senang je sebenarnya ;) InShaaAllah dengan cara ni kita akan rasa selamat dengan pakaian kita sendiri. Kalau yang dah ada niat nak tutup aurat dengan sempurna tuh, baik buat secepat mungkin. Kita ni manusia tak kira bila-bila masa pun kita boleh pergi. Sekurang-kurangnya kita dah melakukan satu tanggungjawab yg diSuruh oleh Allah s.w.t. Ingat satu perkara je, "Selangkah anak perempuan keluar tidak menutup aurat, selangkah ayahnya menuju ke Neraka" hmmm dengar pun dah takutkan? Kalau sayangkan ayah kita, tutuplah aurat yaa! ;) 

Asiff Jiddan jika tersilap kata atau terlanjur kata. Jaga diri jaga iman sahabat! Ana uhibukki fillah :* Assalamualaikum.


Older Post | Newer Posts